Friday 2 March 2012

doktor yang sengal...=_=

Leman menemani isterinya yang mengandung 3 bulan berjumpa dengan doktor. Doktor menyuruh Leman menunggu di luar sementara beliau memeriksa isteri Leman.

Tidak lama setelah berada dalam ruangan pemeriksaan, doktor keluar dan menyuruh jururawat mengambil pemutar skru. Setelah diberikan, doktor masuk kembali ke dalam bilik rawatan.

Tidak lama selepas itu, doktor sekali lagi keluar dan meminta spanar hidup dari jururawat.

Leman yang duduk di ruang menunggu bertambah cemas bila sekali lagi doktor keluar dan meminta tukul dari jururawat.

“Doktor, kenapa dengan isteri saya?” tanya Leman cemas.

Doktor cuma diam.

Setelah 5 minit, Leman bertanya lagi, “Apa sebenarnya sakit isteri saya?”

Akhirnya doktor menjawab, “Maafkan saya, saya sedang cuba sedaya puaya encik Leman. Tapi…”

“Tapi apa doktor?” Leman makin suspen.

“Sebenarnya, saya masih lagi gagal untuk membuka kotak alatan pemeriksaan saya.” jawab doktor

No comments:

Post a Comment